Tuesday, December 22, 2009

My Speech @ Pakatan Rakyat Convention





I was given the task and honour to present the Economic section of the Pakatan Rakyat Common Policy Framework (CPF) during the historic inaugural Pakatan Rakyat Convention. There were a slew of policy outlines contained in the framework (which is available here), but I outlined some of the broader policies within the 20 minutes given to me.

The original full text of my speech is here below, but I probably only read 50% of it, leaving out vast chunks, while going off the cuff for the balance.

Dasar Ekonomi yang mementingkan rakyat dan tidak akan membebankan rakyat sewenang-wenangnya.

Kami membantah perlaksanaan cukai-cukai yang tidak adil ke atas rakyat jelata seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

Untuk menjimatkan wang supaya rakyat tidak dibebankan, kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan membanteras ekonomi bersifat rasuah dan kroni. Hasrat Pakatan Rakyat adalah untuk mencapai impian sebuah ekonomi yang demokratik dan telus

Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik.

Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang pertumbuhan mapan serta menghakis daya saing negara.

Pakatan Rakyat akan merombak sistem tender supaya adil, telus, terbuka dan memberi nilai terbaik untuk wang rakyat. Kita menolak kerajaan Barisan Nasional yang cakap tak serupa bikin. Perdana Menteri yang selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Abdul Razak menekankan bahawa kerajaannya akan bersifat telus dan mengamalkan proses tender terbuka atau terhad untuk mengurangkan ketirisan dan rasuah.

Akan tetapi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menswastakan pembinaan pusat pameran dan konvensyen MATRADE yang bakal terbesar di Malaysia yang bernilai RM628 juta kepada Syarikat Naza TTDI. Pembayaran pula dibuat dengan memberikan sekeping tanah yang bernilai sebanyak RM1.5 bilion mengikut pakar penilai hartanah.

Inilah sebab yang utama mengapa kerajaan Barisan Nasional tidak terhenti-henti dilanda skandal mega-projek yang begitu besar seperti “bail-out” projek LRT dan monorail, projek “double-tracking” Ipoh-Rawang, projek Zon Bebas Pelabuhan Klang, syarikat Malaysia Airlines System, Indah Water Konsortium, dan pada masa ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan jumlah wang berpuluh-puluh bilion.

Kami percaya bahawa sebuah ekonomi yang demokratik dan telus yang meramalkan sistem tender secara wajib akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak berbilion-bilion setiap tahun dan pada masa yang sama, meringankan beban cukai kepada rakyat.

-----

Sebuah kerajaan Pakatan Rakyat akan meningkatkan hasil pendapatan cukai bukan melalui peningkatan kadar cukai ataupun perlaksanaan cukai yang baru. Sebaliknya, kerajaan Pakatan Rakyat akan meningkatkan cukai pendapatan dengan membina sebuah ekonomi kemahiran tinggi

Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan, berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.

Negara kita merupakan sebuah negara yang begitu bertuah, yang dikurniakan dengan rezab petroleum yang begitu lumayan. Malangnya keuntungan yang begitu besar pada tahun-tahun yang lalu telah dibazirkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan akibatnya, Malaysia terperangkap dalam jerat pendapatan sederhana ataupun “middle income trap”.

Pakatan Rakyat akan menjamin peluang pendidikan tinggi dan latihan berteraskan ketrampilan dibekalkan dalam seluruh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.

Kami juga akan menggalakkan warga neraga yang professional dan berkemahiran yang bermastautin di luar negara kembali ke tanah air dengan menyedaikan suasana kerja yang professional dan menarik.

-----

Kerajaan pusat bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan mencetuskan penumbuhan ekonomi yang akan sekali lagi menjadi dinamik dan merangsangkan. Matlamat ini akan dicapai melalui dasar desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri

Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-masing.

Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara.

Pakatan Rakyat akan memulangkan sebahagian daripada kutipan cukai dari setiap negeri kepada negeri tersebut berdasarkan pengagihan yang adil dan pada masa yang sama, menambah geran per kapita untuk negeri-negeri.

Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta keperluan rakyat. Pakatan Rakyat akan menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Ini akan termasuk wang royalti minyak yang telah dijanjikan kepada negeri Kelantan yang sehingga hari ini dinafikan dan enggan diiktirakkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kami juga akan mengagihkan kuasa pentadbiran ekonomi dan perlaksanaan kerja prasarana kepada kerajaan negeri, misalnya hak rundingan saksama dalam menentukan reka bentuk dan jaringan pengangkutan awam.

Pakatan Rakyat akan menjana pembangunan kawasan yang lebih seimbang, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara demi mengurangkan pemusatan pembangunan di Lembah Klang

Dasar desentralisasi dapat mengutamakan dasar-dasar penjanaan pertumbuhan tinggi serta berjangka panjang, berasaskan pemahaman ekonomi di mana kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi.

-----

Dasar ekonomi Pakatan Rakyat tidak bersifat hipocritikal seperti Barisan Nasional di mana slogan “rakyat didahulukan” merupakan retorik sahaja malahan Barisan Nasional terus mengambil langkah-langkah yang jelas membebankan rakyat seperti cukai GST, cukai kad kredit dan cukai keuntungan hartanah.

Pakatan Rakyat akan membasmikan cukai paksaan yang tersembunyi seperti tol lebuhraya, perjanjian penjanakuasa bebas dan tariff syarikat air swasta. Kami menolak penswastaan yang membebankan dan akan merunding semula konsistensi dan kontrak yang bersifat menguntungkan kroni dan tidak adil kepada rakyat, termasuk yang melibatkan IPP, tol lebuhraya dan prasarana air, dan jikalau perlu kerajaan bawah Pakatan Rakyat akan merunding semula segala perjanjian tol dan mengkaji pembelian balik lebuhraya PLUS dengan matlamat melupuskan tol dalam jangka masa 7 tahun.

Sebaliknya, penyediaan dan penyenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab kerajaan. Perlaksanaannya bawah pemerintahan Pakatan Rakyat tidak akan membebankan rakyat atau menguntungkan kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.

-----
Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidak seimbangan pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat ramai.
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.

Pakatan Rakyat memberikan jaminan bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum dan agama. Antara langkah-langkah yang akan diambil termasuklah pemberian bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar, menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit, menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua dan menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan

-----

Pakatan Rakyat mempercayai bahawa setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi negara.

Kami akan menubuhkan Dana Penamatan Kerja untuk pembiayaan sementara rakyat yang hilang pekerjaan, subsidi untuk latihan semasa kerja dan latihan semula pekerja dan memperkenalkan usia tamat tempoh perkhidmatan 60 tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka yang ingin terus menyumbang kepada masyarakat.

Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan gaji minima yang munasabah untuk semua pekerja Malaysia dan memperkenalkan Akta Peluang Saksama untuk memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua. Kami percaya bahawa hanya dengan peluang yang saksama, pekerja Malaysia akan berinsentif untuk meningkatkan modal insan, produktiviti dan daya persaingan untuk mencapai tahap kerjaya yang cermerlang dan emolumen yang lebih tinggi.

Kami juga akan menyusun dasar pekerja asing yang bersepadu dan mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing dan menyediakan sistem sokongan kepada golongan terbabit dalam sektor ekonomi informal seperti peniaga kecil, penjaja, petani dan mereka yang bekerja sendiri.

-----

Pakatan Rakyat juga akan membantu sebahagian besar rakyat Malaysia tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

-----
Pakatan Rakyat juga bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan pertumbuhan ekonomi yang dinamik.

Antara langkah-langkah “ekonomi hijau” ini, Pakatan Rakyat akan memperkenalkan prasarana yang moden, lengkap dan sesuai untuk ekonomi karbon rendah, termasuk sistem pengangkutan awam berintegrasi bertaraf dunia dan sistem kitar semula yang menyeluruh. Kami juga akan memberikan tumpuan untuk membangunkan industri-industri yang berasaskan teknologi hijau seperti pembuatan panel suria dan sel fuel hidrogen.

Pada masa yang sama, untuk mendepani krisis perubahan iklim, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan membudayakan amalan kitar semula dengan menyediakan prasarana dan sistem yang menyeluruh, memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dijalankan secara terkawal, mengawal sebarang pembinaan di lereng bukit dan kawasan-kawasan berbahaya dan mrendahkan kadar pelepasan karbon selaras dengan piawaian antarabangsa dan meningkatkan daya sistem ekologi untuk menyerap karbon.

-----
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi menjamin daya saing negara.

Kerajaan Barisan Nasional telah selama ini mentadbir ekonomi Malaysia dengan begitu lemah. Dasar ekonomi Barisan Nasional yang mengutamakan kekayaan pemimpin-pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka telah menyebabkan kerugian besar kepada kerajaan Malaysia dan menjejaskan daya persaingan dan penumbuhan ekonomi kita. Tetapi oleh kerana negara kita bertuah dikurniakan dengan kekayaan petroleum yang dieksploitasi oleh kerajaan Barisan Nasional, rakyat tidak terasa kemerosotan ekonomi.

Akan tetapi oleh kerana Malaysia diserang kemelut ekonomi dunia, keuntungan Petronas jelas terjunam, kerajaan Barisan Nasional terpaksa mencari pelbagai helah untuk meningkatkan kadar cukai dan memperkenalkan sistem cukai yang baru seperti GST untuk mengutip lebih wang daripada rakyat yang sudah cukup derita.

Kerajaan Pakatan Rakyat menganggap tindakan Barisan Nasional sebagai satu langkah yang terdesak, and kami akan bantah pembentangan akta cukai GST sekeras-kerasnya supaya rakyat tidak diwajibkan untuk dihukum cukai atas kecuaian, pembaziran dan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional. Sebaliknya, Pakatan Rakyat akan mengambil pelbagai tindakkan berdasarkan prinsip-prinsip yang telahpun dihuraikan supaya produktiviti dan kekayaan rakyat terus meningkat, dan Malaysia akan sekali lagi menjadi sebuah ekonomi yang cukup dinamik, menarik dan berdaya saing.

7 comments:

Anonymous said...

Hi Mr Tony,

Well delivered speech. Coherence! Intelligence! Insightful! and good Bahasa Melayu proficiency.

Promises and strategies, but lacks track record, I mus say.

Do share with us, over 18 months in power over 4 richest M'siam states, what are the results achieved by PR? Its a question question, not a challenge.

Care to share?

With much thanks.

Salam

WY said...

Dear Tony,

Good speech as usual, but few questions:

1. GST is a flatter and fairer tax. I believe our society needs to learn to pay for some services, and thus reduce the need for all the hidden taxes. Why is DAP against GST per say - while not offering any substantial approach to raise revenues?

2. Your speech has much rhetoric - anti corruption, anti cronism etc - english called it Utopia Society. Can you publish or at least consider the actual mechanism in removing corrupted agents from the governance? Seems the PR didn't do much in the corrupted Selangor state agencies. Would amesty be granted? Would PR govt witchhunt everyone? What's the clear procedure towards it?

3. Welfare society - this was stated in the DAP budget as well - but nonetheless - with no details. What would be the new poverty line? How much will be spent? How much each family will get - and lastly, - how do we fund it?

4. The speech contains more spending and more spending, while provides no means to contain the leakage/waste in the system. I don't believe pakatan government would be able to achieve suddenly savings of millions by so-called cutting corruption and wastage. There's a whole industry of secondary corrupted govt contracts - you expect these people to just disappear?

Green economy and public transportaion are laudable. But concrete plans please? Maybe LRT system in Penang and parts of Selangor? What about train system to east coast? Or subsidized urban bus? How much they will cost - how much we can afford? etc etc?

Bottom line - less rhetoric and politicking - more numbers, plans and actual implementable substance. Thanks!

Golf Afflicted said...

Hi tomatoinc,

You'll never get all details in a 20 minutes speech. And it's a political convention, not a forum on economic discourse.

For a start, it'll be good if you could have a read of DAP's Alternative Budget 2010. Plenty of practical and constructive measures in there to boost revenue and improve welfare and governance. Feel free to check it out here or, better still, purchase a copy of the book ;-)

Tony

Anonymous said...

YB Tony, please do not move about so much when you speak from left to right....like dancing !
Your good speech and its contents is being distracted by this constant body movement. Take it from a PRO a public speaker who conduct public speaking courses.
Pl keep the good work , as Malaysia need more Good Men like yourself to bring about REAL and Meaningful CHANGE for all our Children and future Generations.
REFORMASI !

WY said...

Dear Tony,

I have read the budget in detail, when you first released it. I still think, even at the budget level, DAP proposed plans and reforms are not based on sound numbers and realistic figures. A lot of guestimation, and particularly - at the amount of savings/dividends from Petronas, highways concessions and corruption-waste. Yes, these are problems - but they are endemic problem. You remove them - e.g. you take away Petronas funding off various GLC - MAS, F1 Sepang etc etc, the whole system will collapse. that's not realistic and possible.

ANother example - the savings on reducing the civil services employees. who will be cut? where? how? it's easy to state a problem - but there has been no solution presented.

Thanks for the reply!
Your supporter.

Golf Afflicted said...

Hi Tomatoinc,

You don't see the numbers in the DAP budget as realistic because you don't believe that the BN budget numbers are so out of this world. I won't go into details here but suffice to give a simple contrast:

10 years ago - Government operating budget was <RM50 billion

5 years ago, it was RM80 billion

Last year, it was RM161 billion.

What gives? Why the incredible increase in the budget? Where did all the money go? Is it necessary to spend so much compared to just a few years back?

Looking at it, even without accessing the details, shaving 25% off the government operating expenditure will be like picking very low hanging fruits. Even then, there's still plenty of fat to trim. And this without even considering retrenching civil servants.

More discourse another time. ;-)

Tony

WY said...

That astronomical increase in civil operating expenditures - should be questioned, scrutinized, studied and researched. hell, make a PhD study out of it. Sponsor a student or two.

Not trusting it, is just as bad as assuming it to be baseless. The money went somewhere - and it's important to know where. no?